9 TIPS SUSU KEKAL BANYAK WALAU BERPUASA

Alhamdullilah dah 3 tahun berturut-turut Ratz menjalani ibadah berpuasa sambil menyusukan anak bongsu, Arish. Masih teringat tahun pertama berpuasa sambil mengumpul stok EBM dengan jayanya disebelah malam pada ketika Arish baru berusia 3 bulan.

Tahun kedua berpuasa Arish dah berusia setahun. Alhamdullilah susu tetap maintain walau berpuasa. Pam masih menjadi peneman setia di tempat kerja dan di rumah. Ratz pam susu mengikut jadual sesi pump di ofis, sebelum tidur dan selepas sahur bagi mengekalkan stok fresh ebm untuk bekalan Arish sepanjang Ratz ke tempat kerja.

Ramai mommies, terutamanya ibu baru yang risau susu akan drop di bulan puasa. risau stok susu tak cukup. Risau terpaksa top-up dengan susu formula kerana production merudum apabila sedang berpuasa

Pada hakikatnya, faktor utama kepada masalah penghasilan susu ibu yang berkurang di bulan puasa adalah disebabkan oleh dehydrasi yang boleh dielakkan dengan mengamalkan beberapa perkara.

Ramadan adalah bulan yang penuh dengan Barakah. Kita sebagai ibu menyusu yang berpuasa hanya perlu menaruh sepenuh kepercayaan kepada Allah S.A.W, pemberi rezeki untuk bayi kita.

Jom kita amalkan 9 Tips Susu Kekal Banyak walau Berpuasa yang Ratz sendiri amalakan untuk susu kekal maintain:

1. Jangan Skip Sahur

Sangat penting ibu menyusu mendapat nutrien dan kalori yang secukupnya untuk tubuh badan dan pengeluaran susu ibu. Walaupun sebelum ini menjadi kebiasaan mommies hanya minum ketika sahur, pastikan anda MAKAN makanan yang boleh memberi tenaga sepanjang hari. Ambil peluang ini untuk mengamalkan sunnah Rasullullah S.A.W untuk bersahur di akhir-akhir waktu. Jangan pula terlebih makan yer mommies!

  1. Minum lebih banyak Air

Kerapkan pengambilan air masak sepanjang malam dan di waktu sahur bagi mengelak dehidrasi. Ratz mengamalkan untuk minum sekurang2nya segelas air masak setiap jam selepas berbuka dan juga setiap kali bangun untuk menyusu si kecil atau sesi pam di sebelah malam sehingga waktu bersahur. Elakkan minuman berkafein yg bertindak untuk mengurangkan jumlah cecair di dalam tubuh sekaligus memberi kesan kepada pengeluaran susu ibu. Minuman sejuk dan berais pun haruslah dielakkan yer.

  1. Makan Kurma

Amalkan memakan kurma pada waktu berbuka dan bersahur. Ratz bukanlah penggemar kurma, tapi paksa diri untuk makan kurma 5 atau 7 biji setiap kali berbuka dan setelah bersahur. Jadikan kurma sebagai snek selepas berbuka puasa, selepas solat Tarawikh. Pengambilan kurma secara konsistent akan menampakkan hasil dalam penghasilan susu ibu dan akan membantu mengekalkan tenaga sepanjang hari. In shaa Allah Sunnah Rasullulah S.A.W akan membantu mommies berjaya menyusu walau berpuasa.

  1. Pengambilan OATS

Amalkan mengambil oats dalam bentuk cereal atau minuman yang di tambah dengan madu sebelum tidur dan juga di waktu sahur untuk meningkatkan penghasilan susu ibu. Oat juga mampu membuat ibu rasa lebih kenyang dan tidak terlalu letih ketika berpuasa. Oats adalah salah satu makanan yang boleh menjadi milk booster semulajadi yang menjadi penggalak kepada hormon prolaktin yang menghasilkan susu ibu.

  1. Makan Makanan Seimbang

Bulan Ramadhan banyak dugaan dari segi juadah berbuka. Pilih makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi dan roti yang boleh membekalkan kalori yg secukupnya sepanjang hari. Makanan harus seimbang. Setiap menu berbuka dan sahur harus ada sayur dan buah-buahan untuk membekalkan serat yg tinggi dan nutrient penting bagi ibu menyusu. Hindari makanan pedas yang boleh membuatkan ibu mudah letih dan terhidrasi. Ibu boleh maintain untuk makan 3 kali tapi harusla dengan pengambilan makanan yg seimbang iaitu pada waktu sahur, ketika berbuka puasa dan sebelum tidur.

6. Pump susu mengikut Jadual Sesi Pump

Ibu bekerjaya boleh menerukan sesi pump mengikut jadual seperti biasa. Prinsip Demand dan Supply harus diutamakan. Semakin banyak susu dikeluarkan, semakin banyak susu yang akan dihasilkan. Jangan skip sesi pump hanya kerana anda berpuasa. Berpuasa dengan tips yang diberikan in shaa Allah tidak akan memberi kesan kepada penghasilan susu ibu selagi konsep Demand dan Supply ini dijaga.

7. Kerapkan Penyusuan

Susukan bayi sekerap mungkin secara direct feeding apabila anda bersama bayi selepas waktu kerja dan selepas waktu berbuka. Tambah kekerapan penyusuan pada waktu malam untuk mewujudkan demand yg tinggi terhadap penghasilan susu ibu. Anda juga boleh pam di waktu malam setelah bayi tidur untuk ambil peluang kumpul lebih banyak stok EBM apabila hormone oksitosin, yang membantu pengeluaran susu ibu adalah pada tahap tertinggi di sebelah malam.

8. Yakin dengan Diri Sendiri

Sentiasa YAKIN yang anda boleh berjaya menyusu walau berpuasa. Setiap hari, bayangkan yang susu anda mencurah-curah untuk bayi. In shaa Allah susu akan tetap lancar walau berpuasa. Jangan berasa panic dan risau jika susu drop di awal-awal puasa. Pastikan anda amalkan pemakanan seimbang dan minum dengan kerap sepanjang tempoh berbuka dan sahur. Tubuh anda akan  menyesuaikan dengan routin baru anda ketika berpuasa dalam masa beberapa hari. Penghasilan susu ibu akan kembali normal pada ketika itu.

9. Rehat dengan Secukupnya

Ambil masa untuk rehat seketika dan tenangkan minda dari rutin harian anda. Jika ada kerja-kerja berat, boleh dilakukan di sebelah malam selepas berbuka. Banykkan membaca Quran, Zikir dan Doa agar dipermudahkan menjalani ibadah puasa dalam tempoh menyusu. Menyusu juga adalah ibadah. In shaa Allah akan dikurniakan kekuatan dan dipermudahkan perjalanan penyusuan ini.

Selamat Berpuasa Mommies!

One thought on “9 TIPS SUSU KEKAL BANYAK WALAU BERPUASA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *